Friday, May 13, 2011

Selepas membuat pembentangan

What a wonderful presentation~wohoo!!
Kami berasa sangat gembira kerana telah menyelesaikan tugasan kami secara lancar, iaitu mempersembahkan satu pembentangan yang menarik .
Inilah pertama kali kami membuat pembentangan di DDKA.Biasanya kami cuma membuat pembentangan di kelas kami sendiri sahaja.Tiba-tiba hari ini kami perlu membentang di depan muka guru pelatih seramai 75 orang,takutnya~~
Namun begitu, kami telah berjaya melaksanakan tugasan kumpulan kami.Kami juga berasa sangat gembira kerana mendapat gemuruh dan tepukan tangan yang hebat.Kami mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami,iaitu En.Zairi kerana sudi memberi tunjuk ajar yang begitu baik kepada kami.Sekian.

Friday, May 6, 2011

Kelebihan Penggunaan Email


  1. Nyaman

Untuk mengirim surat tidak perlu ke kantor pos, cukup duduk di depan komputer yang terhubung Internet dan ketik pesan lalu dikirim ke alamat tujuan. Bahkan sekarang inie-mail bisa dikirim melalui media komunikasi mobile seperti ponsel dan PDA (Personal Assistant Data).

  1. Cepat

Hanya dengan hitungan detik e-mail dapat dikirimkan ke belahan dunia manapun.

  1. Murah

Biaya pengiriman relatif sangat murah dibandingkan penggunaan telepon atau surat, terutama jika mengirim surat atau interlokal ke luar daerah atau luar negeri.

  1. Hemat sumber daya

Kita tidak perlu membeli kertas, pulpen, atau memboroskan tinta printer untuk digandakan lalu dikirimkan ke beberapa orang sekaligus yang tidak sedikit mengeluarkan biaya.

  1. Global

E-mail bisa digunakan oleh siapa saja, di mana saja, dan kapan saja sebagai sarana komunikasi di seluruh penjuru dunia.

  1. Reliabel

Kita bisa menyimpan e-mail di server yang tidak akan hilang kecuali dihapus.

  1. Pesan multimedia

Pesan yang dikirim tidak hanya sekedar teks (tulisan) saja. Isi e-mail dapat berupa gambar, foto, video, program, bahkan suara.

Monday, March 7, 2011

Lompat jauh

1.0-PENGENALAN
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju.Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh.Dalam masa yang singkat,atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.
Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih.


Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal.Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak,Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.
Image
Image




2.0-LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT Jauh Lakukan bangkit tubi L-seat.
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal.

Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding.
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat).

Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).
Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon.

Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh).
Tujuannya:Menguatkan quadriceps.

Latihan plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu.
Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang.Naikkan lutut kaki lonjakan.
Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.

Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas.
Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).


3.0-LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUHSebelum melakukan latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa latihan.Regangkan otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh.Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat dilakukan dengan selamat.Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul

4.0-MENENTUKAN KAKI LONJAKAN
Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.Ada beberapa cara untuk menentukan kaki lonjakan:
>Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.
>Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari belakang tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.
Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.


5.0-ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

1.Ansur Maju Lari Landas
Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.
B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.
>Kawal kelajuan semasa berlari.
>Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.
>Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat tinggi.
>Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan lonjakan.
>Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang terkawal.
>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka ganjil.

2.Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1:
Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan rumit.

Ansur maju 2:
Melonjak dari hujung bangku.
Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.
Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

3.Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1:
Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:
Mencecah bola dengan hujung tangan.
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
Mencecah bola dengan dahi.
Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.
Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.
Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke hadapan.


6.0-UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH
Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.
1.Kawasan Lari Landas
Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.

2.Papan Lonjakan
Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat.

3.Papan Penanda Plastesin
Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal.

Teknik untuk lari berganti-ganti




Teknik untuk Lari berganti-ganti :


SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN


Sebagai atlit, seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang diharapkanmampu membawa kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara ituwalaupun bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaanjurulatih atau guru pengawas. Antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut :

1. Berdisiplin tinggi

2. Semangat untuk bertanding

3. Berperibadi mulia dan dihormati

4. Mempunyai semangat berpasukan

5. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah

6. Penyabar dan bertimbang rasa

Lontar Peluru

Pada minggu yang lepas(1 Mac 2011),kami telah belajar tentang permainan lontar peluru.Pada peringkat awal,Encik Poniran mengajar dengan menggunakan sofbal dahulu.Kami telah belajar cara pegangan dan posisi badan untuk melontar bola itu.Selepas itu,kami telah bermain dengan menggunakan bola besi.

Berikut adalah maklumat tentang lontar peluru: 
Sejarah
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien.
Berat Peluru
1.
DEWASA
7. 265 kg
2.
WANITA
4. 005 kg
3.
REMAJA
4. 000 kg



Peraturan Asas Lontar Peluru
  • Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.
  • Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.
  • Peluru mesti mendarat dalam sektor 40°.
  • Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.
  • Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.
Kemahiran Asas Lontar Peluru
1) Pegangan
  • Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.
· Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.
2) Persedian
  • Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.
Lontar Peluru Gaya Berdiri
  • Berdiri sisi.
  • Buka kaki seluas bahu.
  • Bahu kiri menghadap arah lontaran.
  • Bengkokkan badan serendah mungkin.
  • Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.
  • Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.
  • Gerakkan siku serta tangan ke atas.
  • Lepaskan peluru.
  • Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.
Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien

Ada 4 Fasa :-
1) Fasa persediaan
  • Bengkokkan badan.
  • Bengkokkan kaki kanan.
  • Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.
2) Fasa Gelongsoran
  • Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.
  • Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.
  • Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
  • Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
  • Bahu menghadap arah lontaran..
3) Fasa Lontaran
  • Siku kanan diangkat tinggi.
  • Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
  • Peluru dilepaskan.
4) Fasa Pemulihan
  • Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
  • Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.
Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi
  • Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.
  • Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
  • Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
  • Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.
Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran
Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
  • Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
  • Angkat kaki kiri sedikit.
  • Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
  • Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.
  • Tolak peluru keluar sekuat mungkin.
Latihan
Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan besar. Ini selalunya akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat utama, kerana acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang dikehendaki daripada seseorang atlit. Latihan-latihan seperti berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk tangan, lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta lontar peluru.



Rjukan : 

Sejarah Dan Perkembangan Olahraga Antarabangsa Dan Di Malaysia



Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari
semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula
sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.
Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.
Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

Sunday, February 13, 2011

Selamat datang!

Hi,selamat pagi kepada semua!
Ini adalah blog bagi subjek TMK PJ kami.